Khamis, 4 Julai 2013

marhaban ya ramadhan

Malam tadi ada kuliah maghrib... Tujuannya adalah khusus untuk persediaan menghadapi ramadhan... di antara intipati penting dalam kuliah itu adakah madrasah ramdhan telah berjaya melatih kita dengan jayanya...cuba check...nampaknya ramai yang menyetujuinya...belum berjaya...biarlah kita sama2 akur dan merendah diri...tak rugikan...sedap jugak ceramah tersebut dan ramai juga jemaah yang hadir ... dibantu jugak oleh ramainya jemaah dari pelajar matrik... Namun apa yang menyedihkan adalah pagi ini jemaah subuh merosot...bayangkan sepanjang aku mengikuti ceramah... macam ni lah..pasti subuh esok akan kekeringan hadirin...aku tak taulah apakah ajaran dan kefahaman umat Islam masa kini...aku pun sebenarnya tak tau jugak adakah penceramah malam tadi hadir atau tidak ke surau atau masjid yang berdekatan rumahnya...kerana sekitar surau aku golongan sebeginilah yang tak hadir ke surauku...x dak seorang pun jemaah yang bertaraf ustaz subuh tadi...mungkin sensitif...adakah tuan2 yang belajar agama secara formal menganggap teguran begini sebagai sensitif...ataupun tuan menganggap ini sebagai tanggungjawab yang Allah perintah...aku dah berpengalaman dimarahi oleh ustaz di mana saja aku pergi hanya kerana aku mengesyorkan supaya ramai2 lah datang ke surau sembahyang subuh berjemaah...kerana ini tuntutan agama...namun aku dimarahi oleh bukan orang lain....tapi adalah ustaz...sehingga seorang ustaz tu yang berkelulusan dari luar negeri berpindah ke luar dari taman aku dulu...harap2 beliau sekarang berkunjunglah ke surau atau masjid berdekatan..tak kan nak cakap saja kot...nanti kalau orang yang bodoh agama macam aku beri cadangan sikit. terasa amat bahang...malu lah sikit...kata faham agama sangat...

Jumaat, 13 Mei 2011

Teringat dia....

Mungkin ini agak peribadi....

Malam ini aku dan anak-anak ditinggalkan isteri.. Isteriku ke Langkawi berkursus. 2 malam aku akan tidur bersendirian...selalunya aku akan merindui isteriku..bukan sahaja sebagai pasangan tidur tetapi sebagai teman bersembang dan yang penting pengurus rumah yang paling cekap...dan malam ini semua tidak ada..anak2 menegur kerana kesunyian itu...

Kejangkalan ini, mungkin biasa. Aku biasa ditinggalkan begini. Namun hari ini jiwaku nampak resah. Bukan kerana akan ditinggalkan sebegini tetapi keberontakan yang berlaku sendiri dalam diriku...

Entah mengapa aku terlalu merindui dia..seorang yang sukar aku luputkan dalam ingatan. layakah aku merindui dia sedalam ini. Dalam keadaan kami sudah berpunya dan mempunyai keluarga sendiri yang aman damai tenteram ini. Kenapa ingatanku terhadapnya sebegini menerawang..mengganggu setiap hati dan perasaan ku..kenapa..

Aku telah cuba untuk tidak mahu menegurnya malah aku membiarkan dirinya sendirian walaupun kami berhampiran namun aku langsung tidak dapat mengelak sekiranya dia menegurku.

Isnin, 9 November 2009

MySpace Backgrounds