Jumaat, 13 Mei 2011

Teringat dia....

Mungkin ini agak peribadi....

Malam ini aku dan anak-anak ditinggalkan isteri.. Isteriku ke Langkawi berkursus. 2 malam aku akan tidur bersendirian...selalunya aku akan merindui isteriku..bukan sahaja sebagai pasangan tidur tetapi sebagai teman bersembang dan yang penting pengurus rumah yang paling cekap...dan malam ini semua tidak ada..anak2 menegur kerana kesunyian itu...

Kejangkalan ini, mungkin biasa. Aku biasa ditinggalkan begini. Namun hari ini jiwaku nampak resah. Bukan kerana akan ditinggalkan sebegini tetapi keberontakan yang berlaku sendiri dalam diriku...

Entah mengapa aku terlalu merindui dia..seorang yang sukar aku luputkan dalam ingatan. layakah aku merindui dia sedalam ini. Dalam keadaan kami sudah berpunya dan mempunyai keluarga sendiri yang aman damai tenteram ini. Kenapa ingatanku terhadapnya sebegini menerawang..mengganggu setiap hati dan perasaan ku..kenapa..

Aku telah cuba untuk tidak mahu menegurnya malah aku membiarkan dirinya sendirian walaupun kami berhampiran namun aku langsung tidak dapat mengelak sekiranya dia menegurku.